twitter
rss

SCIENCE QUIZ- FORM 2

STABILITY & SIMPLE MACHINE

MENGANTUK adalah perkara biasa ketika belajar atau mengulang kaji.  Otot-otot mata menjadi letih kerana terlalu memberi tumpuan kepada huruf-huruf atau formula-formula fizik atau matematik yang bersaiz font 12 atau kurang.  Sebab itulah ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk.  Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat.  Apabila mata terlalu mengantuk kita akan menjadi hilang tumpuan.  Akibatnya, tumpuan kita tersasar.  Ini cukup merugikan masa.

Kenapa mengantuk? Kenapa ketika bermain atau menonton televisyen mata kita tidak mengantuk?

1. Tidak cukup tidur.
     Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran.  Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan bersembang maya di Internet sehingga pagi.
    Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.   Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini.  Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang belajar pintar bukan semata-mata kuat belajar.

2. Tidur yang berlebih-lebihan.
Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.

3. Makan terlalu banyak.
Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.

4. Badan terlalu letih.
Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.  Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan.  Bermain bola pada waktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul.  Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi.  Ada pula sesetengah pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan.Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar. Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang.  Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang. Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk pada malamnya.

5. Tiada minat belajar.
Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar.  Sebelum kita pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu?
Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.  Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah? Tentulah tidak.
Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.  Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri.  Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.

Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:

1. Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu.
Perhatikan perkara-perkara yang berikut:
* Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain.
* Rajah-rajah.
* Jadual.
* Carta.
* Peta.
2. Baca perenggan bahagian pendahuluannya.
3. Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya.
4. Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci.

Membaca hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan 'input' semata-mata.Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda.  Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemukan dan membosankan.  Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca. Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut:
  • Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini.
  • Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda.
  • Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Di mana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda.
  • Selepas satu perenggan atau satu muka surat, berhenti sejenak.
  • Tanya diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi.
  • Cuba lakar pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda ketahui.
  • Cuba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca.
  • Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri.
  • Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.
  • Buat nota ringkas. Jangan sekadar membaca sahaja.
  • Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas.  Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok.  Dengan membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian kinestatik diri anda.  Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota anda cuma gunakan bahagian visual dan auditori semata-mata.
  • Penglibatan bahagian kinestatik penting kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda pelajari.
Semoga dengan perkongsian ini para pelajar dapat manfaat daripadanya.

How much sugar is in a can of soda?

Sedar atau tidak, soal pendidikan anak-anak kini lebih banyak dibebankan di atas bahu orang lain. Termasuk dalam hal ini adalah yang berkaitan dengan mendidik minat anak terhadap sains. Anggapan ibu bapa, pendidikan sains untuk anak-anak adalah tanggungjawab guru semata-mata. Namun, hakikatnya, kesedaran dan minat awal anak-anak terhadap bidang sains seharusnya bermula di rumah. Seterusnya, minat tersebut dikembangkan di sekolah.


Ini menunjukkan bahawa kerjasama membentuk minat anak terhadap bidang sains adalah tanggungjawab bersama. Oleh itu, makalah ini ingin membincangkan kerjasama ibubapa, guru dan ahli sains dalam pendidikan sains terutamanya yang berkaitan dengan menanam minat pelajar terhadap bidang tersebut.
"Ibu adalah guru pertama anak-anak". Ungkapan ini kerap kali kita dengar dan ia bukan sahaja merujuk kepada peranan ibu dalam mendidik anak-anak tetapi lebih luas lagi, ungkapan ini turut melihat peranan bapa dan ahli keluarga dalam pendidikan seorang anak.

Berkaitan dengan menanam minat terhadap bidang sains, peranan ibu bapa sangatlah penting. Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah menyediakan atau membentuk satu suasana pembelajaran sains di rumah iaitu merangkumi kegiatan penerokaan, pemerhatian, pengkajian dan penilaian. Anak-anak hendaklah digalakkan untuk bertanya banyak soalan dan soalan-soalan tersebut perlu dijawab oleh kedua ibu bapa. Jika tidak berupaya menjawab soalan anak, maka ibu bapa boleh mencari jawapan tersebut bersama-sama anak-anak di internet atau buku-buku yang banyak terdapat di pasaran.
Di rumah juga, dalam usaha membentuk minat terhadap sains, terdapat banyak kegiatan yang boleh dilakukan bersama-sama anak. Misalnya, ketika memasak, ibu boleh mengambil kesempatan itu untuk menarik minat anak memerhati dan berfikir. Sebagai contoh, ketika menjerang air, tanyalah kepada anak kenapa wap panas keluar apabila air sudah masak. Atau ketika menggunakan soda bikarbonat ketika membuat kek, tanyakan kepada anak kenapa kek itu naik atau mengembang.
Ujikaji mudah ini juga boleh dikembangkan agar anak boleh merasakan keseronokan kegiatan tersebut. Sekali lagi, bahan-bahan yang ada didapur boleh digunakan. Cubalah campurkan cuka dan soda bikarbonat. Saksikan nanti bagaimana kedua-dua bahan ini bertindakbalas! Anak-anak akan seronok melihat buih-buih keluar daripada tindakbalas dua bahan tadi. Terangkan kepada anak-anak kenapa ini terjadi dan biarkan pula si anak mencubanya sendiri. Namun, jangan lupa, setiap kegiatan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dan diawasi ibu bapa.

Apa yang telah ditunjukkan di atas adalah bukti bahawa pelbagai kegiatan sains boleh dijalankan di rumah. Bukan sahaja di dapur, kegiatan sains itu juga boleh dijalankan semasa berkebun di laman rumah, ketika mencuci kereta dan sebagainya. Malah, kegiatan sains juga boleh dilakukan ketika bercuti ke pantai atau ketika melancong ke pelbagai tempat yang menarik. Apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah mencari maklumat kegiatan yang boleh dilakukan bersama keluarga di internet atau buku. Apa yang penting adalah perancangan awal terhadap apa-apa kegiatan yang ingin dilakukan.

Para guru juga mempunyai tugas yang besar dalam usaha membentuk sikap dan pemikiran saintifik di kalangan pelajar. Sikap dan pemikiran ini pastinya perlu dipupuk dengan menanam minat pelajar terhadap sains. Pelajar hendaklah dididik mempelajari dan meminati sains kerana sains penting dalam hidup manusia. Sains secara asasnya bermula untuk menyelesaikan masalah seharian manusia. Inilah hakikat yang harus difahami semua pihak. Ini juga bermakna sains adalah berkaitan dengan kegiatan harian manusia dan bukannya untuk mendapat markah tinggi atau mendapat peluang pekerjaan yang baik sahaja.

Sebagai seorang guru, mereka seharusnya bijak dan kreatif merancang kegiatan pembelajaran sains dengan lebih menarik. Seperti yang disebutkan awal tadi, kegiatan pembelajaran itu hendaklah meliputi ciri kegiatan sains iaitu pemerhatian, penerokaan, percubaan ujikaji, penilaian dan pelaporan kajian. Pelajar hendaklah digalakkan dan diberi peluang untuk bertanya soalan dan mencuba sendiri ujikaji yang dijalankan. Ini sangat penting kerana mempelajari sains tanpa berpeluang mencuba atau melakukan kajian sendiri adalah ibarat lagu tanpa irama. Kegiatan ‘hands on' ini sangat penting dalam pendidikan sains.

Pembelajaran sains juga tidak sewajarnya terhad di dalam kelas semata-mata. Pelajar juga harus diberi peluang untuk belajar di luar kelas. Malah, pembelajaran luar kelas ini memberi pelajar lebih peluang untuk meneroka dan memerhati. Guru-guru boleh membawa pelajar menyelidiki persekitaran sekolah. Semasa kegiatan ini, pelajar boleh disuruh membuat inventori serangga yang ada di kawasan sekolah. Ataupun, pelajar boleh mengumpul pelbagai jenis daun di sekolah dan disusun di dalam buku skrap. Daun-daun serta serangga tadi boleh disusun dan ditulis namanya. Lebih menarik lagi jika pelajar disuruh mencari nama saintifik serangga atau tumbuh-tumbuhan yang dikumpul.

Mari2...jom baca nota - Body Coordination!

HeLLo...Let's sing together..